Kucing Yang Comot

Posted November 19, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Haii..Minggu lepas safuan jmpa kucing ni terkontang kanting ditepi jalan..Safuan kesian kutip kucing ni bawa balik ke rumah aku.Agaknya lah sape ek yang buang kucing nie..nasib baiklah tak mati digilis motokar.Kalau x mmg bencana yang maha dasyhat telah berlaku..hehehe

Kat rumah sebuk housmate aku nak kasi nama kat kucing ni..Ada yang suka nama beruk.ADa plak yang kasi nama ophet..Ala makhluk pelik dalam citer upin ipin tue.Lantak korang lah..xkisah la nama apepon..senang panggil black atau hitam sebab warnanya dah mmg hitam.Hitam mati plak tu..kucing2….

2 hari lepas kucing lebih kurang pukul 1 pg aku letak kucing kat luar rumah.Maklumlah dah malam.sejuk plak tu.Takut beliau terkencing time kte org tido.Baru nak tido dengar kecoh kat luar.Rupa rupanya kucing yang berwarna hitam mati nie sedang bertempur dengan sekor kucing jantan yang besar ala-ala booker-T..Terkencing kencing kucing kte org nie.P semangat melawan yang ditunjukkan oleh beliau patut diberi pujian walau pon dah terkencing kencing disitu..hahaha

Hai lah kucing..Skang ni dah dekat 2minggu ko kat sini.Pas ni xtau la apela nasib ko.Mungkinkah ko akan terus tinggal disini ataupun terpaksa menjadi kucing jalanan.Aku ni nak kata xkesian mmg kesian.P maklumlah nak menjaga kucing ni bukannya mudah..hehehe..lebih2 lagi kucing betina.Takut2 nanti sibawa lari dek kucing jantan..hee.P setakat ni beliau tak mendatangkan masalah lagi la.maybe sbb dia kecik lagi.xkenal dunia lagi kata orang tu.Cuma kucing ni harap2  pandai pandailah membawa diri kat dlm umah nie..

hee..sekian saja kisah kucing yang kehilangan kedua ibu bapa

Skuad Malaysia tumbang di laman sendiri

Posted November 19, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Malaysia (1) vs Uzbekistan (3)

Malaysia gagal menyaingi kehebatan pasukan uzbekistan apabila tewas 1=3 pada kempen kelayakan Piala Asia semalam.Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga dari tiga perlawanan yang telah dilalui oleh Malaysia.

Ia sekaligus menyukarkan peluang Malaysia untuk beraksi pada kejohanan Piala Asia yang dijadualkan pada 2011 nanti.

Diharapkan kempen kelayakan Piala Asia ini dijadikan iktibar untuk anak-anak buah K.Rajagopal menimba pengalaman dan menguatkan pasukan sebelum berlangsungnya Sukan SEA yang dijadualkan pada bulan Disember ini.

AFC Asian Cup 2011- Qualification Round

Posted November 13, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Mal-vs-Uzbek

Sama samalah kita turun beramai ramai memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan kita dalam kempen pusingan kelayakan piala asia ini.

Malaysia Boleh !!

Pasukan Kebangsaan Tetap di Hati

Manusia Ini Memang Pantas dan Ajaib

Posted November 13, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

boltx-large

Usain Bolt meneruskan kecemerlangan bergayanya apabila berjaya memecahkan rekod dunia acara pecut 100 m dengan catatan 9.58 saat. Catatan tersebut dianggap sebagai satu sejarah dalam arena olahraga kerana ini merupakan kali ke- 4  pelari ini berjaya memecahkan rekod acara pecut ini.

Penganalisis sukan berpendapat bahawa Bolt mampu melakukannya lagi memandangkan usianya yang masih muda.Bolt sekurang kurangnya mampu melakukan sehingga 9.40 saat.Jika catatan itu mampu dilakukannya ini bermakna adalah sukar untuk mana-mana pelari di dunia ini untuk memecahkan rekod tersebut jika Bolt meninggalkan arena ini nanti.

Catatan sekarang sudah cukup membuktikan beliau seorang yang mempunyai keupayaan luar biasa berbanding atlit2 lain dalam acara pecut.Kalaupun Amerika Syarikat mampu melahirkan 10 orang pelari pecut yang hebat di dunia ini tetapi diyakini seorang pun tidak mampu menandingi kehebatan pelari ini.

 

SKuad Futsal Pahang, Shahzan Muda

Posted December 16, 2008 by shunsuke~~
Categories: Sukan kita

1_448553284l

Skuad Futsal Shahzan Muda telah memulakan siri perlawanan Liga Futsal Kebangsaan FAM/FELDA edisi ke 2 di Jengka 14 Pahang pada 12-14 Dis 2008. Squad Shahzan Muda telah diundi bersama-sama pasukan Melaka.PDRM dan PKNS.

Berikut ada lah keputusan untuk sirkit 1 dan 2 yang telah berlangsung :

Sirkit 1

Melaka vs Shahzan Muda (3-6)

Shahzan Muda vs PDRM (2-3)

Shahzan Muda vs PKNS (2-5)

Sirkit 2

Shahzan Muda vs PKNS (3-4)

Shahzan Muda vs PDRM (4-2)

Shahzan Muda vs Melaka (5-5)

Skuad Shahzan Muda gagal melayakkan diri ke peringkat akhir yang dijadualkan di Trolak pada 16hb Januari i ini.  Skuad ini mengutip 7 mata dari 6 perlawanan.

Skuad Shahzan Muda sebenarnya hampir melakukan kejutan pada kejohanan kali ini, tetapi rezeki masih belum memihak kepada skuad ni. Tetapi skuad ini akan kembali pada tahun hadapan dengan penampilan yang lebih mantap.

Walaupun ini adalah penampilan kali pertama namun hasilnya sangat memberangsangkan terutama skuad ini diwakili oleh pemain-pemain muda. Jika persedian yang lebih teliti dijalankan tidak mustahil mereka mampu menjadi juara untuk edisi yang akan datang.

Liga Futsal Kebangsaan FAM/FELDA 2008/2009

Posted December 4, 2008 by shunsuke~~
Categories: Sukan kita

Liga futsal kebangsaan bakal membuka tirai perlawanan pada 12 dis 2008 ini dimana Jengka 14, Pahang telah dipilih sebagai destinasi pertama untuk fasa yang pertama ini. Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 24 pasukan wanita bakal berentap merebut trofi kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan untuk edisi yang ke2 ini.

Berikut adalah tarikh-tarikh perlawanan liga futsal kebangsaan:

Fasa 1

12-14 Disember 2008

Jengka 14, Pahang

Fasa 2

19-21 Disember 2008

Kuala Terengganu, Terengganu

Fasa 3

26-28 Disember 2008

Kuantan, Pahang

Fasa 4

9-11 Januari 2009

Johor bahru, Johor

Fasa 5

16-18

Trolak, Perak

Marilah bersama-sama memeriahkan kejohanan Liga Futsal Kebangsaan edisi ke2 ini dengan berkunjung ke gelanggang-gelanggang perlawanan yang telah ditetapkan.

Semoga Liga Futsal Kebangsaan ini sedikit sebanyak dapat mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi. Sedikit sebanyak negara kita mempunyai pemain-pemain pelapis yang bermutu tinggi untuk menyambung pasukan kebangsaan yang sedia ada.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Remaja dan Cabaranya

Posted November 1, 2008 by shunsuke~~
Categories: isu2 semasa

Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut Pelajar Sekolah sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.

Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa ke semasa di Malaysia sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja luar bandar masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai aksi panas yang mengundang gejala tidak bermoral.


Masalah sosial yang melanda remaja luar bandar pada masa kini terjadi daripada beberapa faktor. Antaranya selain dari yang diberikan di atas merupakan pengaruh atau ugutan daripada rakan sebaya, kekurangan ilmu agama dan mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang tidak baik dan juga faktor seperti di bawah:

* Globalisasi (Kebebasan)
* Modenisasi
* Media Massa (Internet)
* Ideologi Kebebasan Bertingkah Laku
* Pakaian
* Dunia Cinta Remaja
* Pengisian Masa Lapang Remaja

Ramadhan al-Mubarak

Posted September 6, 2008 by shunsuke~~
Categories: kisah teladan

Alhamdullillah..Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya aku diberikan kesempatan untuk terus menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang ke 23 dlm hidupku. Tidak bnyak yang ingin dicoretkan disini kerana pengalaman pada awal2 ramadhan ini sama seperti tahun2 lepas. Berbuka bersama rakan2 di kolej. Bersahur dengan hidangan roti canai mayo n nasi lepak maple..Cuma ku mangharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

Sambutan RAMADHAN bagi diriku pada tahun2 sebelum ini mungkin sama seperti bulan2 yang laen.Tiada bezanya.Jika difikirkan semula mmg aku kerugian.Tidak mengambil kesempatan diatas keberkatan bulan ramadhan itu sendiri. Ramadhan kali ini aku akan manfaatkan sebaik mungkin.aDan ku akan pastikan ia lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.INSYAALAH.

Ubadah bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

”’Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, dimana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurun rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu dihadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkan kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”’

budakbudak =p

Hatiku Berkata-kata

Posted September 6, 2008 by shunsuke~~
Categories: kisah-kisah cinta

Menjauhkan diri

Ketika dan saat aku terluka
Kau hadir tanpa ku pinta
Kau gantikan air mata menjadi senyum tawa
Yang pilu menjadi tawa
Aku kembali bernyawa

Kau berikan ku sejuta harapan
Membalut hatiku dengan syair si pari-pari
Meyakinkan aku episod duka sudah berakhir
Ya..Kau berikan aku seribu harapan

Tidak terfikir tidak terdetik
Masa merubah segalanya
Tiba-tiba kau berubah
Berpaling tadah berpaling arah

Kini tiada lagi kata-kata mesra
Yang tinggal hanyalah duka dan lara
Kau menjauhkan dirimu dariku
Dengan 1001 alasan
Ternyata kini aku tidak lagi kau cintai

Kini aku pasrah dengan segalanya
Aku tidak akan mengharap lagi pada wanita itu
Selamat tinggal kisah cintaku
aku mengundurkan diri
Musim percintaan bagiku sudah berakhir

budakbudak =p

Manusia Terpantas di Muka Bumi

Posted August 17, 2008 by shunsuke~~
Categories: Olimpik

Usain Bolt dari jamaica mencatatkan 9.69 saat untuk meleburkan rekod dunia 100 m yang juga miliknya pada sukan olimpik Beijing 2008. Ternyata lariaannya cukup menakjubkan mengatasi rakan senegara asafa powell yang juga pernah memegang rekod dunia untuk acara ini.

Pada masa yang sama Usain Bolt turut memecahkan rekod dunia acara 200m dengan kepantasan 19.30saat. Ramai penganalisis sukan berpendapat bahawa rekod 200m yang sebelum ini milik Micheal Johnson sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana atlet. Tetapi strategi larian Bolt berjaya memecahkanya. Usain Bolt turut membantu kuartet 4 X 100 m Jamaica untuk merangkul pingat emas dan juga memecahkan rekod dunia dengan catatan 37.10 saat.

Adakah manusia sekarang semakin pantas?? Ataupun teknologi masa kini membantu manusia untuk mencapainya..Ataupon manusia sekarang sudah semakin bijak mengatur strategi lariaannya.??Ataupon inikah yang dinamakan Taktikal??

Bayangkan untuk tahun 2008 sahaja sudah 3 kali rekod dunia acara 100M ini dipecahkan!! Adakah rekod yang ada pada hari ini mampu dipecahkan lagi??sama2 kita saksikan kemunculan jaguh-jaguh baru dalam memburu gelaran MANUSIA TERPANTAS DIMUKA BUMI!!!

budakbudak =p