Tumbangkan Thailand atau Pulang Awal

Posted December 9, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Tumbangkan Thailand atau skuad bolasepak kebangsaan pulang pada pada Sukan SEA Laos.Itulah antara pilihan skuad bolasepak malaysia apabila bertembung gergasi bola sepak Asia Tenggara Thailand pada temasya dwitahunan ini.Hanya kemenangan akan membawa Malaysia ke separuh akhir.

Segalanya bukan lah mustahil kerana Malaysia pernah menjinakkan skuad Thailand sebelum ini.Di harapkan jurulatih K.Rajagopal dapat menerapkan taktik menyerang kerana itulah yang diharapkan oleh peminat Malaysia untuk menjamin kemenangan.

Berikut adalah keputusan skuad kebangsaan :

Malaysia vs Timur Laste : 11-0

Malaysia vs Vietnam : 1-3

Malaysia vs Kemboja : 4-0

Malaysia vs Thailand : ???

AYUH SOKONG PASUKAN KITA

Advertisements

Kucing Yang Comot

Posted November 19, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Haii..Minggu lepas safuan jmpa kucing ni terkontang kanting ditepi jalan..Safuan kesian kutip kucing ni bawa balik ke rumah aku.Agaknya lah sape ek yang buang kucing nie..nasib baiklah tak mati digilis motokar.Kalau x mmg bencana yang maha dasyhat telah berlaku..hehehe

Kat rumah sebuk housmate aku nak kasi nama kat kucing ni..Ada yang suka nama beruk.ADa plak yang kasi nama ophet..Ala makhluk pelik dalam citer upin ipin tue.Lantak korang lah..xkisah la nama apepon..senang panggil black atau hitam sebab warnanya dah mmg hitam.Hitam mati plak tu..kucing2….

2 hari lepas kucing lebih kurang pukul 1 pg aku letak kucing kat luar rumah.Maklumlah dah malam.sejuk plak tu.Takut beliau terkencing time kte org tido.Baru nak tido dengar kecoh kat luar.Rupa rupanya kucing yang berwarna hitam mati nie sedang bertempur dengan sekor kucing jantan yang besar ala-ala booker-T..Terkencing kencing kucing kte org nie.P semangat melawan yang ditunjukkan oleh beliau patut diberi pujian walau pon dah terkencing kencing disitu..hahaha

Hai lah kucing..Skang ni dah dekat 2minggu ko kat sini.Pas ni xtau la apela nasib ko.Mungkinkah ko akan terus tinggal disini ataupun terpaksa menjadi kucing jalanan.Aku ni nak kata xkesian mmg kesian.P maklumlah nak menjaga kucing ni bukannya mudah..hehehe..lebih2 lagi kucing betina.Takut2 nanti sibawa lari dek kucing jantan..hee.P setakat ni beliau tak mendatangkan masalah lagi la.maybe sbb dia kecik lagi.xkenal dunia lagi kata orang tu.Cuma kucing ni harap2  pandai pandailah membawa diri kat dlm umah nie..

hee..sekian saja kisah kucing yang kehilangan kedua ibu bapa

Skuad Malaysia tumbang di laman sendiri

Posted November 19, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Malaysia (1) vs Uzbekistan (3)

Malaysia gagal menyaingi kehebatan pasukan uzbekistan apabila tewas 1=3 pada kempen kelayakan Piala Asia semalam.Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga dari tiga perlawanan yang telah dilalui oleh Malaysia.

Ia sekaligus menyukarkan peluang Malaysia untuk beraksi pada kejohanan Piala Asia yang dijadualkan pada 2011 nanti.

Diharapkan kempen kelayakan Piala Asia ini dijadikan iktibar untuk anak-anak buah K.Rajagopal menimba pengalaman dan menguatkan pasukan sebelum berlangsungnya Sukan SEA yang dijadualkan pada bulan Disember ini.

AFC Asian Cup 2011- Qualification Round

Posted November 13, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

Mal-vs-Uzbek

Sama samalah kita turun beramai ramai memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan kita dalam kempen pusingan kelayakan piala asia ini.

Malaysia Boleh !!

Pasukan Kebangsaan Tetap di Hati

Manusia Ini Memang Pantas dan Ajaib

Posted November 13, 2009 by shunsuke~~
Categories: Uncategorized

boltx-large

Usain Bolt meneruskan kecemerlangan bergayanya apabila berjaya memecahkan rekod dunia acara pecut 100 m dengan catatan 9.58 saat. Catatan tersebut dianggap sebagai satu sejarah dalam arena olahraga kerana ini merupakan kali ke- 4  pelari ini berjaya memecahkan rekod acara pecut ini.

Penganalisis sukan berpendapat bahawa Bolt mampu melakukannya lagi memandangkan usianya yang masih muda.Bolt sekurang kurangnya mampu melakukan sehingga 9.40 saat.Jika catatan itu mampu dilakukannya ini bermakna adalah sukar untuk mana-mana pelari di dunia ini untuk memecahkan rekod tersebut jika Bolt meninggalkan arena ini nanti.

Catatan sekarang sudah cukup membuktikan beliau seorang yang mempunyai keupayaan luar biasa berbanding atlit2 lain dalam acara pecut.Kalaupun Amerika Syarikat mampu melahirkan 10 orang pelari pecut yang hebat di dunia ini tetapi diyakini seorang pun tidak mampu menandingi kehebatan pelari ini.

 

SKuad Futsal Pahang, Shahzan Muda

Posted December 16, 2008 by shunsuke~~
Categories: Sukan kita

1_448553284l

Skuad Futsal Shahzan Muda telah memulakan siri perlawanan Liga Futsal Kebangsaan FAM/FELDA edisi ke 2 di Jengka 14 Pahang pada 12-14 Dis 2008. Squad Shahzan Muda telah diundi bersama-sama pasukan Melaka.PDRM dan PKNS.

Berikut ada lah keputusan untuk sirkit 1 dan 2 yang telah berlangsung :

Sirkit 1

Melaka vs Shahzan Muda (3-6)

Shahzan Muda vs PDRM (2-3)

Shahzan Muda vs PKNS (2-5)

Sirkit 2

Shahzan Muda vs PKNS (3-4)

Shahzan Muda vs PDRM (4-2)

Shahzan Muda vs Melaka (5-5)

Skuad Shahzan Muda gagal melayakkan diri ke peringkat akhir yang dijadualkan di Trolak pada 16hb Januari i ini.  Skuad ini mengutip 7 mata dari 6 perlawanan.

Skuad Shahzan Muda sebenarnya hampir melakukan kejutan pada kejohanan kali ini, tetapi rezeki masih belum memihak kepada skuad ni. Tetapi skuad ini akan kembali pada tahun hadapan dengan penampilan yang lebih mantap.

Walaupun ini adalah penampilan kali pertama namun hasilnya sangat memberangsangkan terutama skuad ini diwakili oleh pemain-pemain muda. Jika persedian yang lebih teliti dijalankan tidak mustahil mereka mampu menjadi juara untuk edisi yang akan datang.

Liga Futsal Kebangsaan FAM/FELDA 2008/2009

Posted December 4, 2008 by shunsuke~~
Categories: Sukan kita

Liga futsal kebangsaan bakal membuka tirai perlawanan pada 12 dis 2008 ini dimana Jengka 14, Pahang telah dipilih sebagai destinasi pertama untuk fasa yang pertama ini. Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 24 pasukan wanita bakal berentap merebut trofi kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan untuk edisi yang ke2 ini.

Berikut adalah tarikh-tarikh perlawanan liga futsal kebangsaan:

Fasa 1

12-14 Disember 2008

Jengka 14, Pahang

Fasa 2

19-21 Disember 2008

Kuala Terengganu, Terengganu

Fasa 3

26-28 Disember 2008

Kuantan, Pahang

Fasa 4

9-11 Januari 2009

Johor bahru, Johor

Fasa 5

16-18

Trolak, Perak

Marilah bersama-sama memeriahkan kejohanan Liga Futsal Kebangsaan edisi ke2 ini dengan berkunjung ke gelanggang-gelanggang perlawanan yang telah ditetapkan.

Semoga Liga Futsal Kebangsaan ini sedikit sebanyak dapat mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi. Sedikit sebanyak negara kita mempunyai pemain-pemain pelapis yang bermutu tinggi untuk menyambung pasukan kebangsaan yang sedia ada.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA